Hepatitis B

Hepatitis B

Hepatitis B merupakan sejenis penyakit inflammasi hati yang disebabkan oleh serangan virus Hepatitis B. Serangan virus ini boleh menyebabkan luka pada hati, infeksi hati yang berpanjangan, kanser hati, hati gagal berfungsi dan juga boleh membawa kepada kematian.

Maklumat yang didapati daripada pelbagai penelitian menunjukkan bahawa kebanyakan virus Hepatitis B menular ketika pesakit masih bayi dan kanak-kanak. Pesakit yang dijangkiti ketika masih kecil mempunyai peratusan yang lebih tinggi untuk mendapat sirosis hati dan kanser hati.

Hepatitis B boleh merebak melalui pelbagai cara. 

Antara punca yang boleh menyebabkan berlakunya Hepatitis B ialah:

  • Salur darah :
    • menerima darah yang tercemar dengan virus Hepatitis B
  • Cairan tubuh pesakit :
    • melalui air liur, susu ibu, peluh dan cecair sendi.
  • Ibu kepada anak :
    • berlaku semasa anak masih dalam kandungan kerana virus Hepatitis B boleh berjangkit melalui dinding uri.
  • Jangkitan seks :
    • ia berlaku kerana virus ini boleh hadir di dalam air mani.

Antara tanda-tanda seseorang itu menghidap Hepatitis B ialah:

  • Rasa mual dan muntah
  • Cirit birit
  • Hilang selera makan
  • Sakit kepala
  • Rasa letih yang berlebihan

1 atau 2 minggu selepas itu, tanda-tanda seperti berikut boleh ditemui pada pesakit :

  • Mata dan kulit kekuningan
  • Warna urine berubah menjadi gelap
  • Najis keputihan
  • Hati semakin membesar

Mereka yang agak berisiko untuk mendapat jangkitan Hepatitis B adalah:

  • Orang yang mempunyai pekerjaan berhubung dengan darah
  • Orang yang menggunakan ubat secara suntikan dan berpanjangan
  • Bayi yang lahir daripada ibu yang dijangkiti Hepatitis B
  • Penderita penyakit hemofilia
  • Tinggal serumah dengan pesakit
  • Melakukan hubungan seks dengan pesakit
  • Mengamalkan hubungan sejenis
  • Tinggal di tempat yang terdapat pesakit
  • Melakukan hubungan seks rambang



No comments:

Post a Comment